Saturday, October 11, 2008

10 (More) Reasons You're Not Rich


Many people assume they aren't rich because they don't earn enough money. If I only earned a little more, I could save and invest better, they say.

The problem with that theory is they were probably making exactly the same argument before their last several raises. Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it's how you treat money in your daily life.

The list of reasons you may not be rich doesn't end at 10. Caring what your neighbors think, not being patient, having bad habits, not having goals, not being prepared, trying to make a quick buck, relying on others to handle your money, investing in things you don't understand, being financially afraid and ignoring your finances.

Here are 10 more possible reasons you aren't rich:

1.You care what your car looks like:

A car is a means of transportation to get from one place to another, but many people don't view it that way. Instead, they consider it a reflection of themselves and spend money every two years or so to impress others instead of driving the car for its entire useful life and investing the money saved.

2.You feel entitlement:

If you believe you deserve to live a certain lifestyle, have certain things and spend a certain amount before you have earned to live that way, you will have to borrow money. That large chunk of debt will keep you from building wealth.

3.You lack diversification:

There is a reason one of the oldest pieces of financial advice is to not keep all your eggs in a single basket. Having a diversified investment portfolio makes it much less likely that wealth will suddenly disappear.


4.You started too late:

The magic of compound interest works best over long periods of time. If you find you're always saying there will be time to save and invest in a couple more years, you'll wake up one day to find retirement is just around the corner and there is still nothing in your retirement account.


5.You don't do what you enjoy:

While your job doesn't necessarily need to be your dream job, you need to enjoy it. If you choose a job you don't like just for the money, you'll likely spend all that extra cash trying to relieve the stress of doing work you hate.


6.You don't like to learn:

You may have assumed that once you graduated from college, there was no need to study or learn. That attitude might be enough to get you your first job or keep you employed, but it will never make you rich. A willingness to learn to improve your career and finances are essential if you want to eventually become wealthy.

7.You buy things you don't use:

Take a look around your house, in the closets, basement, attic and garage and see if there are a lot of things you haven't used in the past year. If there are, chances are that all those things you purchased were wasted money that could have been used to increase your net worth.

8.You don't understand value:

You buy things for any number of reasons besides the value that the purchase brings to you. This is not limited to those who feel the need to buy the most expensive items, but can also apply to those who always purchase the cheapest goods. Rarely are either the best value, and it's only when you learn to purchase good value that you have money left over to invest for your future.

9.Your house is too big:

When you buy a house that is bigger than you can afford or need, you end up spending extra money on longer debt payments, increased taxes, higher upkeep and more things to fill it. Some people will try to argue that the increased value of the house makes it a good investment, but the truth is that unless you are willing to downgrade your living standards, which most people are not, it will never be a liquid asset or money that you can ever use and enjoy.


10.You fail to take advantage of opportunities:

There has probably been more than one occasion where you heard about someone who has made it big and thought to yourself, "I could have thought of that." There are plenty of opportunities if you have the will and determination to keep your eyes open.

by Jeffrey Strain
Wednesday, October 1, 2008
provided by TheStreet.com

Friday, October 3, 2008

JENIS-JENIS PENYAKIT DAN TINDAK BALASNYA

Penyakit & Tanda-tanda

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu.
Sukar tidur malam.Mata merah sebam.
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang.
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Tidur secukupnya . Makan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan sebagainya. Kurangkan beret badan dan banyakan senaman.

Tekanan Darah Rendah
Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.

Minum air secukupnya. Makan makanan berkhasiat dan bergaram. Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir
Berak berdarah.
Dubur berasa sakit di bahagian luar atau dalam.
Dubur terasa gatal-gatal.

Minum jus aleo vera. Kurangkan makanan pedas dan berasid.
Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan berserat tinggi (gentian). elakkan mengalami sembelit.Jangan mengangkat barang-barang yang berat. Tidak meneran ketika membuang air besar.

Kencing Manis
Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Makan dalam jumlah yang sedikit. Banyakan senaman ringan. Minum air rebusan Hempedu bumi.

Sakit Puan
Keluar cairan putih (penyakit keputihan)
Haid tidak normal dan berasa sakit.
Cairan putih keluar semakin banyak.
Haid tidak stabil.

Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml).
Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas.
Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
Luka lama di sendi berasa sakit.
Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.

Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

Reumatisme
Berasa sakit sebelum hujan.
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .

Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung
Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
Sesak nafas
Rasa sakit di dada
Kebas di lengan atas tangan kiri.

Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak.
Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal.
Dapatkan nasihat doktor

Lumpuh
Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
Sakit dan pening kepala.
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,

Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan "stroke"

Ulser Gaster
Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut.
Tekak rasa pahit ketika sendawa.
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.

Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah
Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
Ketumbuhan (tumor) yang keras.
Keluar darah dan nanah.
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

Makan banyak sayur-sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

Asma, Penat / Lelah
Pernafasan tidak lancar.
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
Batuk terutamanya waktu pagi
Bertambah tenat selama 2 - 3 hari.
Kadangkala muntah. Keluar kahak.

Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk.
Jangan kerja keras.

Batu Karang
Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
Bertambah sakit. Air kencing berkapur.
Kencing berdarah.

Jangan menahan kencing.Kurangkan makanan berkalsium. Meminum air teh daun misai kucing

Jerawat
Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
Biji-biji di muka mengandungi nanah

Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)
Seluruh badan terasa letih. Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak. Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil. Kerap buang air kecil.
Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.

Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis
* Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
Seluruh badan terasa letih.Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.

Buang air kecil lebih lancar.
Selepas 3 - 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
Selepas sekurang-kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

Badan Berasid Tinggi
Badan sentiasa berasa panas
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
Mudah letih dan kurang bersemangat
Selalu berasa mengantuk.
Badan menjadi panas.
Rasa dahaga.
Air kencing berwarna perang.
Kerap kentut.

Hepatitis A, B & C
Badan lemah. Demam.
Air kencing berwarna kuning perang.
Najis berwarna putih. Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
Muntah. Perut rasa sesak. Kurang selera makan. Sakit-sakit sendi

Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan.
Jangan kerja teruk selama dua bulan.
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

Neurosis (Sakit jiwa ringan)
Selalu rasa bimbang dan was-was.
Hilang konsentrasi. Menjadi pelupa
Mudah letih dan kadangkala tangan menggigil.
Sukar tidur pada waktu malam. Cepat marah
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.

Tenangkan perasaan dan ambil mudah dalam masalah harian
Jangan banyak merancang dan berfikir . Lakukan senaman ringan dan beriadah

Insomnia (Sukar tidur malam)
Insomnia terjadi disebabkan terlalu bimbang
Neurosis juga menyebabkan insomnia
Selalu bermimpi sehingga menganggu tidur.
Peringkat awal tegang kepala

Tenangkan perasaan sebelum tidur .Jangan paksa tidur.Gunakan teknik bau-bauan(Aromaterapi). Jangan Makan 2 jam sebelum tidur

Resdung
Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
Kurang deria bau (hidu)
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
Hidung cukup sensitif / alahan.

Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan.Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.

Anemia (Kurang darah)
Selalu pening kepala
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Muka pucat dan Badan lemah
Keluar darah dari hidung. Pening kepala
Permakanan perlu seimbang dan tambahkan makanan berzat

Mandul
Rahim tidak subur (sejuk)
Saluran uterus tersekat atau tersumbat
Sperma kurang atau lemah (lelaki)
Keluar banyak darah haid berwarna hitam.

Jalani ujian pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor

Psoriasis (Penyakit kulit)
Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.

Tenangkan perasaan. Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
Selalu bersihkan kawasan persekitanran jangkitan.
Berjemur dan Kurangkan membasihi tempat jangkitan. Kurangkan pemgambilan makanan laut

Kaki busuk (Hongkong Foot)
Disebabkan serangan fungus (kulat)
Mudah terjadi semula.
Selalu berlaku perasaan terganggu.
Terasa gatal-gatal.

Tenangkan perasaan. Sering tukar sarung kaki.
Gunakan kasut yang mudah di masuki angin. Sapukan bedak berubat.

Beguk (Gerondong)
Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
Makan banyak dan kerap.Pembengkakan kelenjar liur. Pipi bengkak dan demam.

Permakanan seimbang. Sapukan Cuka yang telah dicampur nila.

Sawan (Penyakit Tarik)
Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
Menjadi tarik secara tiba-tiba. Kekejangan. Mulut berbuih.

Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
Pesakit tidak boleh melakukan tugas-tugas yang merbahaya. Tidak digalakkan membuat aktiviti di kawasan berair dan tempat tinggi . Tenangkan fikiran, jangan tidur lewat. Perlu mengambil ubat dan mengikut nasihat doktor.

Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa
Disebabkan badan berasid / beracun, darah kotor, kencing manis

Kurangkan makanan berjenis daging merah dan
banyakan makan sayur.

Luka Dalaman
Luka dalaman menyebabkan pengaliran darah tersekat
Jika tidak dirawat, menyebabkan sakit urat saraf, sakit sendi, darah tinggi, sakit buah pinggang.
Sengal dan sakit di bahagian yang luka
Rasa panas di bahagian yang sakit
Kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang.
Pengambilan jus mengkudu boleh mengurangkan luka dalaman.

Kurangkan pengambilan makanan yang keras dan lambat hadam.

Selepas Pembedahan
Rasa sakit di bahagian yang dibedah.

Tidak melakukan aktiviti lasak.
Pengambilan Jus mengkudu dan ikan haruan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.

Meroyan (Selepas bersalin)
Disebabkan fungsi badan tidak seimbang selepas bersalin
Tekanan perasaan.
Menjadi histeria seperti dirasuk hantu
Kadang-kadang disebabkan darah nifas tidak habis keluar.
Mengantuk. Badan rasa sakit. Darah nifas keluar habis-habisan

Perasaan menjadi tenang selepas dua minggu.
Keluarga beri perhatian lebih untuk menenangkan perasaan pesakit
Jangan disangka pesakit dirasuk hantu. Makan makanan berkhasiat.

Terlalu banyak makan ubat Barat
Fungsi badan tidak lancar
Kesan sampingan yang mengancam kesihatan
Ruam dan bintik merah, mungkin gatal
Mulut pecah bahagian dalam bibir, gusi, lidah
Hati menjadi rosak.

Alkoholik (Ketagih arak)
Selalu sakit kepala
Dengutan jantung semakin cepat
Perut dan dada terasa sesak dan ketat
Minum arak boleh memusnahkan sel-sel hati dan otak.

Selsema
Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamain C

Sembelit
Pembuangan air besar yang jarang-jarang
Najis kering dan keras. Kerap kentot . Rasa sakit bila membuang air besar.

Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Gastrik
Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut.
Tekak rasa masam ketika sendawa
Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit

Makan pada waktunya. Jangan berlapar.

Gout
Sakit berdenyut pada sendi
Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas
Sendi menjadi sakit dan terasa panas.

Kurangkan pengambilan makanan laut.

Sakit Kuning
Berasa panas dan demam
Sengal-sengal badan Badan lebih panas
Air kencing berwarna keruh.Meloya.

Thursday, October 2, 2008

Pastikan selamat ke destinasi : Jangan pentingkan diri sendiri, cuai ketika memandu



PANDU, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat.

Itu adalah sebahagian kecil iklan kempen keselamatan jalan raya yang akan ditemui di mana saja sepanjang perjalanan terutama pada musim perayaan ini. Ia bertujuan mengingatkan pengguna mengenai hak mereka untuk ‘memilih’ sama ada sampai ke destinasi dengan selamat atau sebaliknya.

Setiap kali menjelang musim perayaan, ketika itulah jumlah kemalangan, kematian sering kali dilaporkan meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk sikap pemandu dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya secara serentak kerana semuanya ingin pulang ke kampung.

Namun, berapa ramai yang peka dan menyedari bahawa semakin laju mereka memandu, semakin besar risiko untuk membunuh sama ada diri sendiri, penumpang atau pengguna jalan raya yang lain. Sedangkan, jika diturunkan had kelajuan, ia boleh meningkatkan keselamatan.

Sepatutnya itu yang perlu dipilih dan menjadi amalan. Atas sebab itulah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan operasi khas memantau pergerakan kenderaan setiap kali musim perayaan bertujuan menyedarkan pengguna supaya mematuhi peraturan.


INFO: Petua keselamatan jalan raya

1.Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2.Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

3.Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4.Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5.Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6.Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8.Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
9.Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.

Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama

1.Melebihi had laju

2.Memotong barisan

3.Tidak mematuhi lampu isyarat

4.Menggunakan lorong kecemasan

5.Memotong di garisan berkembar

6.Memandu secara berbahaya.

Cara Mengatasi Masalah Enjin Tidak Berfungsi

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan. Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.


Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan. Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki



Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Peta Laluan ke KL Sentral

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang


Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.

Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.

Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.


Untuk penjelasan tentang pemakaian tali pinggang keledar belakang sila layari:
Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
http://www.panducermat.org.my/news-Hanya-tiga-penumpang-belakang-wajib-pakai-tali-pinggang.html
http://www.panducermat.org.my/news-Tiada-kos-pasang-tali-pinggang-keledar.html
http://www.panducermat.org.my/news-Three-years-seatbelt-ruling.html

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar


Jika anda sedang berbaris untuk membayar tol ataupun sedang menunggu giliran untuk bergerak di lampu trafik, adakah anda berasa marah jika ada orang yang memotong ‘Q'?

Jika anda tidak menyukai kelakuan sebegitu, elakkan dari melakukan tabiat buruk itu. Hanya mereka yang biadap akan memotong‘Q'. Tindakan memotong ‘Q' mementingkan diri sendiri.

Pastikan anda mengikut giliran kerana ia mencerminkan pemandu yang prihatin.

Jangan ekori kenderaan depan


Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan.

Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda.

Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi.

Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.

Jangan memonopoli jalan


Pembolot jalan ditakrifkan sebagai mereka yang menggunakan lorong laju sambil menghalang kelancaran perjalanan kereta di belakang.

Pembolot jalan akan menyebabkan pemandu lain hilang sabar, dan mereka mungkin bertindak melulu ataupun cuba memotong jalan secara merbahaya.

Ramai orang tidak sedar mereka memboloti jalan. Mereka tidak sedar betapa bahayanya perbuatan sebegini.

Jika anda tidak memandu dengan laju ataupun tidak memotong, sila gunakan lorong kiri. Jika anda di lorong kanan, dan kereta di belakang menghampiri anda, maka anda harus beralih ke lorong lain untuk memberi laluan.

Bersopan di jalan raya dan perjalanan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong.


Sumber: http://www.panducermat.org.my

Keselamatan Dalam Kereta

1.Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

2.Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.

3.Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

4.Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5.Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

6.Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.

7.Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.

8.Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

Sumber: http://www.panducermat.org.my

Wednesday, October 1, 2008

2nd Bday Ssy


2nd Bday Ssy
Originally uploaded by GuNTaYK
Gambar ini diambil semasa bday yg ke-2 tahun anak perempuan saya iaitu sassy (nama sebenar: stacy jean) di kuarters tempat tinggal saya sekeluarga di Jab.Kesihatan W.P.Labuan.

Thursday, September 11, 2008

TIADA TAPISAN KEATAS INTERNET

PUTRAJAYA 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan tetap dengan dasar tidak mengenakan sekatan dan penapisan ke atas kandungan Internet.

Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan Internet atau perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.

''Kita tidak akan sekat Intenet tetapi sekiranya ada yang salah guna dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, kita akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-20 di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai dasar kerajaan membabitkan kebebasan Internet dalam fasa kedua pembangunan MSC Malaysia.

Mengenai tindakan menyekat akses laman web Malaysia Today baru-baru ini, Abdullah berkata, kerajaan tidak melakukan perkara itu sebaliknya terdapat sebab lain yang menyebabkan tindakan tersebut.

''Sebabnya adalah di tangan Menteri Dalam Negeri yang mengetahui dan apakah yang menyebabkan tindakan itu dilakukan.

''Anda boleh tanya beliau secara terperinci, segalanya adalah di bawah tanggungjawab menteri berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat segelintir pihak tidak mengakui MSC Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, Perdana Menteri berkata, pihaknya sungguh hairan mengapa pihak terbabit bersikap demikian

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ialah apabila terdapat golongan yang mengambil kesempatan membawa maklumat salah tersebut ketika berceramah dalam dan luar negara.

''Ada kata pelaburan langsung asing (FDI) tidak datang dan kerajaan tidak berbuat apa langsung, itu semua bohong.

''Ini bukan orang yang sayang negara kita dan tidak mengakui kerajaan ditubuhkan ini adalah dipilih oleh rakyat. Bukan kita pandai-pandai tubuh kerajaan sendiri dan buat apa yang kita suka sebaliknya merancang untuk memenuhi keperluan pembangunan dan laksanakan janji-janji," katanya.

Mengenai pembangunan MSC Malaysia, Abdullah berkata, usaha menambah nilai perlu dilakukan sejajar dengan Misi Nasional bagi meningkatkan kejayaan yang telah dicapai sepanjang 12 tahun lalu.

'' Kita bersetuju tentang perlunya perluasan pencapaian pada fasa kedua MSC dan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengenal pasti langkah-langkah yang akan dikemukakan kepada majlis pelaksana.

''Jika sekiranya peruntukan kewangan diperlukan, Kabinet akan menentukannya," kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia 12/09/2008.

Tuesday, September 9, 2008

Sistem Brek

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda.

Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.



11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.


Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Punca Stereng Kereta Berat


Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.


Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.


Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.


Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.


Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah


Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.
Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.


Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.


Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.


Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar


Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.


Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.


Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.


Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang.

Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.


'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.


Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Sunday, September 7, 2008

Permainan Interaktif

Nak Main? klik gambar diatas.

PERMOHONAN JAWATAN KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Permohonan jawatan dengan perkhidmatan awam kini menjadi lebih mudah dengan satu sistem pengambilan berkomputer diperkenalkan. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa secara online dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh SPA. Melalui Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM), semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer SPA.

Permohonan adalah terbuka kepada orang ramai. Selepas tamat tempoh sah laku, bagi sesiapa yang masih berminat berdaftar dengan SPA, hendaklah mengemukakan permohonan baru. Dalam tempoh masa setahun itu, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan.

Pemohon boleh memohon sehingga beberapa jenis jawatan dengan menggunakan Borang SPA8 i melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan telah disenaraikan dalam Buku Panduan Memohon Jawatan atau boleh dirujuk dalam jawatan-jawatan dalam perkhidmatan Malaysia.Keterangan lanjut boleh didapati secara online melalui laman web di http://www.spa.gov.my/

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA

Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.

1) Persediaan

· Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :

o Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

o Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

o Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.


· Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu.

· Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

· Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

· Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.

· Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.

· Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.

· Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

· Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

· Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.


2) Tingkah Laku Semasa Temuduga

· Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

· Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

· Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

· Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga.

· Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

· Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

· Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga.

· Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

· Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

· Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

· Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

· Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

· Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

· Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

· Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

· Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

· Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

· Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

· Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

· Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

· Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.

· Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

· Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

· Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

· Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.


Sumber : http://www.acfk.net/

STRESS DI TEMPAT KERJA

Langkah-langkah tangani stress di tempat kerja

· Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri

· Bersikap positif semasa bekerja

· Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan

· Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

· Kendali masa dengan bijak

· Lakukan kerja mengikut keutamaan. Jangan bertangguh

· Elakkan membawa kerja balik ke rumah

· Agihkan tugas dengan bijak

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

· Lihat masalah dengan rasional

· Rancang penyelesaian secara sistematik

· Kenal pasti masalah-masalah mengikut keutamaan

· Senaraikan langkah-langkah menanganinya

· Cari langkah penyelesaian yang paling sesuai

· Ambil tindakan wajar

Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja

· Sentiasa bersikap terbuka, bertolak-ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

Amalkan Komunikasi Berkesan D Tempat Kerja

· Amalkan sikap tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

· Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas dan jelas

· Hormati pandangan rakan sekerja


Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

· Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

· Kenalpasti individu dan organisasi yang dapat membantu dalam menangani masalah

· Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

· Luangkan masa untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan Cara Hidup Sihat

· Belajar untuk relaks

· Tidur yang cukup

· Bersenam selalu

· Adakan aktiviti/ hobi yang menyeronokkan

· Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

· Berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai murni

Tanda-tanda anda mengalami stress

· Gelisah

· Gangguan selera makan

· Merokok berlebihan

· Mabuk arak

· Kerisauan yang berlebihan

· Mudah meradang

· Kelesuan

· Hilang tumpuan dan motivasi

· Gangguan tidur

· Tingkahlaku agresif


Punca-Punca stress di tempat kerja

· Jenis pekerjaan

Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja

· Peranan dan fungsi pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang berbahaya

· Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/ diturunkan pangkat, hilang pekerjaan

· Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

· Perubahan dalam organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.

PETA NEGERI SABAH Dan Negeri2 Lain di MALAYSIA


Klik gambar bendera Negeri Sabah diatas untuk melihat peta Negeri Sabah & lain-lain negeri di MALAYSIA.

Tatacara Memandu Ketika Hujan

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

A) Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

1. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan

2. Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik

3. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air

4. Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik

5. Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya

6. Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

B) Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

1. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar

2. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan

3. Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikan

4. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:-

- Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik

- Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek

- Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek

- Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja

- Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj

- Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju
Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Panduan Memandu Ketika Kecemasan

A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.

- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain berkenaan.

- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.

- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.


Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Tayar pecah ketika memandu atau lampu kereta terpadam?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan dua panduan untuk membantu anda sekiranya menghadapi masalah ketika tayar pecah dan masalah lampu hadapan kenderaan terpadam.

Tayar pecah

ü Jika tayar belakang pecah kenderaan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan oleh itu anda perlu pegang stereng dengan erat serta brek perlahan-lahan dan berhati-hati;

ü Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar. Nyalakan lampu kecemasan atau letakkan alat kecemasan yang lain supaya pemandu kenderaan lain, mengetahui ada kecemasan di hadapan.


Lampu hadapan kenderaan terpadam

ü Jika lampu hadapan kenderaan terpadam, pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas;

ü Kemudian naik ke atas bahu, jalan jauh dari aliran lalu lintas dan hentikan kenderaan dengan segera;

ü Nyalakan lampu kecemasan dan anda digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain supaya lebih berhati-hati.


*Sumber: Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ)

LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

· Rancang perjalanan anda

Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.

· Dapatkan rehat mencukupi

Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

· Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu. Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

· Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh

Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.

· Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.


*Sumber Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

8 PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA


1) Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2) Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3) Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4) Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5) Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6) Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7) Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8) Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


Sumber Maklumat:http://www.panducermat.org.my/

Saturday, September 6, 2008

6 CARA PENJAGAAN TAYAR

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta:-

PERTAMA

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.


Sumber Maklumat:

http://www. kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html