Thursday, October 2, 2008

Pastikan selamat ke destinasi : Jangan pentingkan diri sendiri, cuai ketika memandu



PANDU, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat.

Itu adalah sebahagian kecil iklan kempen keselamatan jalan raya yang akan ditemui di mana saja sepanjang perjalanan terutama pada musim perayaan ini. Ia bertujuan mengingatkan pengguna mengenai hak mereka untuk ‘memilih’ sama ada sampai ke destinasi dengan selamat atau sebaliknya.

Setiap kali menjelang musim perayaan, ketika itulah jumlah kemalangan, kematian sering kali dilaporkan meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk sikap pemandu dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya secara serentak kerana semuanya ingin pulang ke kampung.

Namun, berapa ramai yang peka dan menyedari bahawa semakin laju mereka memandu, semakin besar risiko untuk membunuh sama ada diri sendiri, penumpang atau pengguna jalan raya yang lain. Sedangkan, jika diturunkan had kelajuan, ia boleh meningkatkan keselamatan.

Sepatutnya itu yang perlu dipilih dan menjadi amalan. Atas sebab itulah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan operasi khas memantau pergerakan kenderaan setiap kali musim perayaan bertujuan menyedarkan pengguna supaya mematuhi peraturan.


INFO: Petua keselamatan jalan raya

1.Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2.Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

3.Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4.Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5.Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6.Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8.Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
9.Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.

Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama

1.Melebihi had laju

2.Memotong barisan

3.Tidak mematuhi lampu isyarat

4.Menggunakan lorong kecemasan

5.Memotong di garisan berkembar

6.Memandu secara berbahaya.

No comments: