PUTRAJAYA 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan tetap dengan dasar tidak mengenakan sekatan dan penapisan ke atas kandungan Internet.
Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan Internet atau perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.
''Kita tidak akan sekat Intenet tetapi sekiranya ada yang salah guna dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, kita akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-20 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai dasar kerajaan membabitkan kebebasan Internet dalam fasa kedua pembangunan MSC Malaysia.
Mengenai tindakan menyekat akses laman web Malaysia Today baru-baru ini, Abdullah berkata, kerajaan tidak melakukan perkara itu sebaliknya terdapat sebab lain yang menyebabkan tindakan tersebut.
''Sebabnya adalah di tangan Menteri Dalam Negeri yang mengetahui dan apakah yang menyebabkan tindakan itu dilakukan.
''Anda boleh tanya beliau secara terperinci, segalanya adalah di bawah tanggungjawab menteri berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat segelintir pihak tidak mengakui MSC Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, Perdana Menteri berkata, pihaknya sungguh hairan mengapa pihak terbabit bersikap demikian
Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ialah apabila terdapat golongan yang mengambil kesempatan membawa maklumat salah tersebut ketika berceramah dalam dan luar negara.
''Ada kata pelaburan langsung asing (FDI) tidak datang dan kerajaan tidak berbuat apa langsung, itu semua bohong.
''Ini bukan orang yang sayang negara kita dan tidak mengakui kerajaan ditubuhkan ini adalah dipilih oleh rakyat. Bukan kita pandai-pandai tubuh kerajaan sendiri dan buat apa yang kita suka sebaliknya merancang untuk memenuhi keperluan pembangunan dan laksanakan janji-janji," katanya.
Mengenai pembangunan MSC Malaysia, Abdullah berkata, usaha menambah nilai perlu dilakukan sejajar dengan Misi Nasional bagi meningkatkan kejayaan yang telah dicapai sepanjang 12 tahun lalu.
'' Kita bersetuju tentang perlunya perluasan pencapaian pada fasa kedua MSC dan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengenal pasti langkah-langkah yang akan dikemukakan kepada majlis pelaksana.
''Jika sekiranya peruntukan kewangan diperlukan, Kabinet akan menentukannya," kata beliau.
Sumber: Utusan Malaysia 12/09/2008.