Permohonan jawatan dengan perkhidmatan awam kini menjadi lebih mudah dengan satu sistem pengambilan berkomputer diperkenalkan. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa secara online dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh SPA. Melalui Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM), semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer SPA.Permohonan adalah terbuka kepada orang ramai. Selepas tamat tempoh sah laku, bagi sesiapa yang masih berminat berdaftar dengan SPA, hendaklah mengemukakan permohonan baru. Dalam tempoh masa setahun itu, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan.
Pemohon boleh memohon sehingga beberapa jenis jawatan dengan menggunakan Borang SPA8 i melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan telah disenaraikan dalam Buku Panduan Memohon Jawatan atau boleh dirujuk dalam jawatan-jawatan dalam perkhidmatan Malaysia.Keterangan lanjut boleh didapati secara online melalui laman web di http://www.spa.gov.my/

No comments:
Post a Comment